Skip to main content

Posts

Yang bersulam pastinya tahan lama dan lasak

BUKAN KEYCHAIN YANG BIASA2 TAPI KEYCHAIN BERSULAM NAMA. Apa yang best ? keychain sulam versi baju jersi keychain sulam versi minilove [  ]BANYAK PILIHAN DESIGN : Dijamin siapa yang tengok akan rambang mata untuk buat pilihan, sebab semuanya cantik dan comel. [  ]BOLEH LETAK NAMA DAN NO TEL: (SAFETY FISRT ) Amat sesuai untuk diletakkan di beg sekolah anak2 yang berada di tadika atau tahun 1 yg belum lagi menghafal no tel ibu ayah. [  ]BOLEH LETAK NAMA DAN EVENT: boleh dijadikan cenderahati  untuk semua majlis. Hari keluarga, doorgift perkahwinan,  konvo, hari anugerah, Mana nak cari keychain yg boleh request lepas tuh bersulam pula. [  ]BERKUALITI : Menggunakan kain felt yang gred A (hardcore), tak perlu risau kalau kena air.  In shaa allah tahan lasak [  ]TAHAN LAMA : sesuatu yang  bersulam pastinya tahan lama dan lasak. [  ]SAIZ YANG COMEL : Boleh dibawa kemana-mana, boleh sangkut kat beg, kunci kereta, kunci motorsik...
Recent posts

Customised itu mahal

Kenapa barangan "craft atau sulaman" itu MAHAL?  1. Material agak mahal...cth sekeping kain felt saiz a4 = rm2/pc....kalo dh saiz a4. anda bayangkan berapa byk bunga or keychain je blh wat ngn kain sebesar tu? bukan setakat kain je guna...benang+jarum+gam+keychain ring+pink brooch & etc.. 2. Kebanyakan material yg crafter guna bukan ada kat kedai biasa...kami selalu beli on9 sbb banyak pilihan..dah namanya beli on9...kos pos pn kena tanggung kan? tu pn kena jgk kira.... 3. Tenaga kami utk membuat craft comel2 tu pn kena jgk kira...kami bukan potong n jahit pakai MESIN..kami potong guna gunting yg dipegang oleh jari-jemari aje...pastu jahit pn guna jahit tgn je...mane la ada nak jahit mesin...tmbh plak bnda kecik2....jahitan mesin xsama dgn jahitan tgn..tenaga kami jgk diguna dgn banyaknye trutama bila nk match warna2 sesuai...dialog yg selalu diguna masa tu" warna pink+biru...cantik x eh? "...dk match warna ni pn mkn masa tau..kadang2 sampai...

Buku ganjaran / Buku amalan baik

       buku ganjaran/amalan baik Buku ganjaran /amalan baik sebelum ni bonda dah buat tapi macam tak lepas QC je, macam2 versi dah try. rasa ni yang ke 3 kot. harap kalilah yang terakhirlah. konsepnya senang je. buat amalan baik dapat 1 cop atau bolehlah letak stiker. bergantung kreativiti masing2. Sejak adanya buku ganjaran ni. anak2 berebut untuk buat amalan baik walau sekecil2 amalan. tapi kena tabahlah sket wahai ibu2. kadang2 benda kecil pun akan jadi isu besar. berebut nak meyapu, berebut nak buang sampah, berebut nak buat susu adik.  Bagi memudahkan kerja bonda, di sini bonda gunakan konsep kepercayaan dan kejujuran. bagi anak yang besar lepas buat amalan baik diorang boleh cop sendiri manakala untuk Auf dan Abdurrahman diorang cop tapi dipantau oleh orang besar. Siapa buat amalan baik diorang boleh counting dengan bonda. cth.. kalau basuh tandas berapa bonda nak kasi diorang. biasanya kalau kerja agak berat bonda kasi 2 atau 3 toke...

Kata2 motivasi

Bonda suka kata2 ni.  Hanya kita jer yang tahu kekuatan dan potensi diri kita. rakan2, keluarga.. dan orang2 dekat hanya penguat sahaja.

Sarung Botol Air DIY jeans terpakai

  Asal nya beli bekas air untuk minum2 petang. maklumkan bonda sekolah sesi petang. susah sangat nak bawa botol tanpa pemegang. jadilah kejadian macam ni. sarung botol jeans terpakai yang encik suami punya. Buat suka2 jer. Kebetulan bonda baru try buat teknik sulam tampal. Bab2 menjahit bonda memang gemar mencuba, jadi ke tidak itu dah jatuh no 10. Bukan senang nak buat tapak bulat kat bahagian bawah tapi kata mat saleh try N error. Kalau tengak hasil, bolehlah untuk orang yang baru belajar macam bonda. Gambar ni waktu bonda nak keluar rumah. minta si anak dara ambilkan sebagai kenangan dengan botol. Macam nilah bonda, hari2 pakai baju sukan, maklumlah cikgu matematik merangkap cikgu PJ. Isnin je bonda boleh melawa, selasa, rabu, khamis, jumaat bonda kenalah pakai baju sukan. Harap tahun ni dapatkan turun 5kg pun jadilah. selalu menaip typo jer memanjang. tandanya bonda dah gomuks ;).

Mesin Sulam Kesayanganku

mesin sulam kesayangan yang ni versi biasa yang ni versi sulam Mesin ni nyawalah kot. Mungkin sebab minat dah ada dalam bidang jahitan. Jadi bidang menyulam ni pun kategori yang jenis yang sama maka agakmudah untuk bonda belajar benda yang baru....  Sekarang ni dah jadi nyawa bonda setakat ni. kalau tak dengar mesin sulam... rindu tuh lain macam sket.  Siapa sangka.... asalnya nak jual akhirnya diri sendiri juga yang pakai. Beli mahal2 tapi nak jual rugi sebenarnya tapi daripada membazir baik jual walau murah walau guna pun boleh kira. Asal nak jual semula sebab selalu ada kekangan. Yelah... dah 4 tahun duk bertapa kat stor. Mesin sulam ni, mesin menggunakan elekrik dan sensetif kalau tak guna lama ia boleh mengakibatkan rosak atau jem. Mesin sulam ni bonda beli dengan singer. tujuan asal beli , bonda pun dah lupa. mungkin sebab berkenan tengok kat kedai... tambah pula bonda suka tengok hasil sulam. yang paling penting sebab boleh bayar kali. kalau tak sil...

Mesin Jahit Pertamaku

Inilah mesin pertama bonda. Mesin yang banyak sangat berjasa :) . kalau tak silap mesin ni bonda beli tahun pertama bonda kerja. tahun 2004. masuk tahun ni dah16 tahu dah umur mesin tua bonda ni. sanggup tuh, walau duit masa tuh cukup2 makan jer. bulan2 terpaksa ikat perut kata orang bagi nak merealisasikan impian bonda. Bonda ni bukan pandai pun menjahit, tapi minat tu adalah. Alhamdulillah... prinsip bonda senang. Nak tahan lama nak berkat kita berkongsi guna. Mujurlah jenis portable... dapatlah berkhidmat untuk pengasuh anak. dapatlah jahit langsir. yang pasti banyak berjasa walau nampak macam tu.  Bonda beli kat apple Terminal One Seremban, sekarang dah pindah ke Oakland. jenama Ringo. dapatlah belajar free setahun tapi satu sesi pun bonda tak pergi. bukan xnak pergi tapi masa tak sesuai dengan waktu kerja bonda.  baju baru untuk mesin pertamaku