![]() |
| buku ganjaran/amalan baik |
Buku ganjaran /amalan baik sebelum ni bonda dah buat tapi macam tak lepas QC je, macam2 versi dah try. rasa ni yang ke 3 kot. harap kalilah yang terakhirlah. konsepnya senang je. buat amalan baik dapat 1 cop atau bolehlah letak stiker. bergantung kreativiti masing2. Sejak adanya buku ganjaran ni. anak2 berebut untuk buat amalan baik walau sekecil2 amalan. tapi kena tabahlah sket wahai ibu2. kadang2 benda kecil pun akan jadi isu besar. berebut nak meyapu, berebut nak buang sampah, berebut nak buat susu adik.
Bagi memudahkan kerja bonda, di sini bonda gunakan konsep kepercayaan dan kejujuran. bagi anak yang besar lepas buat amalan baik diorang boleh cop sendiri manakala untuk Auf dan Abdurrahman diorang cop tapi dipantau oleh orang besar. Siapa buat amalan baik diorang boleh counting dengan bonda. cth.. kalau basuh tandas berapa bonda nak kasi diorang. biasanya kalau kerja agak berat bonda kasi 2 atau 3 token (cop) bergantung pada perkerjaan yg mereka buat. tahap 1, 2, 3 atau 4. sejujurnya memang amat membantu budak2 berebut untuk buat amalan baik. tapi nak bagi cop pun kena tengok usia mereka. anak2 bonda Abdurrahman 4 tahun, Auf 6, Aidil 9, Adam 11 dan Mayra 13 tahun. Skop kerja mereka lain2. Macam Auf dan Abburrahman, letak botol susu kat sinki pun dah dapat ganjaran, letak baju kotor kat bakul, kemas mainan lepas main. Asasnya ialah nak galakkan diorang buat sendiri dan banyakkan amalan baik. Satu lagi yang bonda buat ialah galakkan Auf dan Abdurrahman solat. kalau diorang ikut bonda solat dapatlah 1 cop. Bagi anak yang besar lain plak caranya. solat sunat sebelum subuh 1 cop, solat subuh kat surau 1 cop( yang ni diorang ikut abahnya), solat kat surau Zohor, asar, magrib dan isya 1 cop, solat witir 1 cop. solat witir ajar diorang solat 1 rakaat je dulu. Ceritakan juga pada anak2 ganjaran pahala solat sunat yang diorang buat. untuk anak perempuan solat awal waktu semua waktu baru dapat 1 cop.
buku ganjaran yang telah dicop / stiker
Taaadaaa... Sekarang masa untuk bagi ganjaran. bila dah penuh 1 muka surat buku ganjaran anak2 bolehlah menuntut hadiah masing2. macam sebelum ni bonda wajibkan diorang dapat 30 token untuk bawa diorang ke wayang. yang tuh cerita tahun lepas. masa tuh bonda bawa mereka tengok " Ejen Ali". bila dah bagi. 1 muka surat tuh kita hightlite dah tuntut. Sebenarmya banyak ganjaran yang kita boleh bagi, bawa anak ke taman basikal, bawa main bowling , bawa bercuti. Sebenarnya kalau tak buat macam ni pun kita memang akan bawa anak2. Jadi why not kita buat dalam bentuk macam ni. anak2 buat kerja pun dalam keadaan seronok sambil mengajar mereka pengurusan diri secara tak langsung. Semoga ilmu yang bonda kongsi ni bermanfaat. sekiranya berminat untuk dapatkan softcopy boleh pm bonda.
#sharingiscaring


Comments
Post a Comment