Skip to main content

Mesin Sulam Kesayanganku

mesin sulam kesayangan



yang ni versi biasa
yang ni versi sulam

Mesin ni nyawalah kot. Mungkin sebab minat dah ada dalam bidang jahitan. Jadi bidang menyulam ni pun kategori yang jenis yang sama maka agakmudah untuk bonda belajar benda yang baru....  Sekarang ni dah jadi nyawa bonda setakat ni. kalau tak dengar mesin sulam... rindu tuh lain macam sket. 

Siapa sangka.... asalnya nak jual akhirnya diri sendiri juga yang pakai. Beli mahal2 tapi nak jual rugi sebenarnya tapi daripada membazir baik jual walau murah walau guna pun boleh kira. Asal nak jual semula sebab selalu ada kekangan. Yelah... dah 4 tahun duk bertapa kat stor. Mesin sulam ni, mesin menggunakan elekrik dan sensetif kalau tak guna lama ia boleh mengakibatkan rosak atau jem.

Mesin sulam ni bonda beli dengan singer. tujuan asal beli , bonda pun dah lupa. mungkin sebab berkenan tengok kat kedai... tambah pula bonda suka tengok hasil sulam. yang paling penting sebab boleh bayar kali. kalau tak silap 2012 kut tarikh lahir mesin sulam kesayangan ni. Bonda start betul2 menyulam masa bonda jadi ketua kelab guru. Bonda jadikan hadiah tuala sulam sebagai hadiah bedsday guru2. kata orang menyelam sambil minum air, tapi bonda ambil harga murah giler. Sebab bonda buat suka2 untuk kawan2. in shaa allah ada masa nanti bonda update hasil sulam. itulah last bonda terima tempahan 2014, masa tuh bonda dah start alahan mengandungkan si Auf. Jadi ingat nak stop sekejap... tup2 baru je nak meyulam semula selepas si Auf dah besar, mengandungkan plak si Abdurrahman 2016. Masa ni dah give up dah tapi sebab skali dah menyulam sronok tuh lain macam. jadi hold sekejap nak bagi Abdurrahman besar. akhir 2018.

Bonda ingat lagi bulan November bonda wasap si Bob Singer minta dia tengokkan mesin sulam bonda. maklumlah dah lama tak bergerak. semangat dah berkobar2. Bob minta tempoh 2 minggu untuk tilik apa masalahnya, masuk bengkel. hanguslah dalam 300 ratus kalau tak silap. takpalah janji boleh menyulam semula. sayang kalau dah beli tapi tak guna.Tengah November... bonda dah start try guna semula. nak panaskan engin maklumlah dah lama tak guna. ingat2 lupa dah cara menyulam. bukan senang nak belajar menyulam. berapa lama nak jadikan mahir dan berapa banyak kain yang rosak. dua minggu jugalah bonda godek2 mesin sulam kesayangan. Tup2 rasa macam tak sedap badan... cek. double line. Ingatkan si Abdurrahman yang bongsu rupanya Abdurrahman bakal adik baru.

Masa ni bonda dah nekad. juallah mesin. jual lagi sekali dengan harga yang murah gila. suami tolong promote kat mudah.com. tapi tulah bila tengok mesin sebak jer. benda sayang nak jual, mana tak sebak. Untung sebenarnya siapa yang beli sebab bonda jual semua sekali termasuk hoop yang bonda beli tambahan serta benda 1 kotak benang sulam yang pelbagai warna, bahan2 menyulam yang lain. jarum... mahunya kos bahan2 sahaja pun dah 500 ratus. adalah 2 3 orang tanya... lepas tuh senyap macam tuh jer. Rupanya... inilah hikmah yang besar disebalik mesin sulam tak terjual. Disebabkan rasa sayang... disebabkan risau mesin rosak, mesin sulam ni ikut kata Bob singer sensetif kalau boleh kena belai selalu. paling kurang 2 minggu sekali kena menyulam bagi mengelakkan barang elektrik dalamnya jem. Sebenarnya disinilah bermulalah kisah blog mesin jahit tua bonda. kalau boleh bonda nak share semua berkenaan mesin jahit tua (singerfuturaXL400).



sebab sayang punya pasal. bonda siapkan baju untuk dia. baju ni dah lama bonda simpan.. simpan untuk  buat baju mesin jahit lama tapi rezeki mesin ni gamaknya. 

Comments

Popular posts from this blog

Buku ganjaran / Buku amalan baik

       buku ganjaran/amalan baik Buku ganjaran /amalan baik sebelum ni bonda dah buat tapi macam tak lepas QC je, macam2 versi dah try. rasa ni yang ke 3 kot. harap kalilah yang terakhirlah. konsepnya senang je. buat amalan baik dapat 1 cop atau bolehlah letak stiker. bergantung kreativiti masing2. Sejak adanya buku ganjaran ni. anak2 berebut untuk buat amalan baik walau sekecil2 amalan. tapi kena tabahlah sket wahai ibu2. kadang2 benda kecil pun akan jadi isu besar. berebut nak meyapu, berebut nak buang sampah, berebut nak buat susu adik.  Bagi memudahkan kerja bonda, di sini bonda gunakan konsep kepercayaan dan kejujuran. bagi anak yang besar lepas buat amalan baik diorang boleh cop sendiri manakala untuk Auf dan Abdurrahman diorang cop tapi dipantau oleh orang besar. Siapa buat amalan baik diorang boleh counting dengan bonda. cth.. kalau basuh tandas berapa bonda nak kasi diorang. biasanya kalau kerja agak berat bonda kasi 2 atau 3 toke...

Customised itu mahal

Kenapa barangan "craft atau sulaman" itu MAHAL?  1. Material agak mahal...cth sekeping kain felt saiz a4 = rm2/pc....kalo dh saiz a4. anda bayangkan berapa byk bunga or keychain je blh wat ngn kain sebesar tu? bukan setakat kain je guna...benang+jarum+gam+keychain ring+pink brooch & etc.. 2. Kebanyakan material yg crafter guna bukan ada kat kedai biasa...kami selalu beli on9 sbb banyak pilihan..dah namanya beli on9...kos pos pn kena tanggung kan? tu pn kena jgk kira.... 3. Tenaga kami utk membuat craft comel2 tu pn kena jgk kira...kami bukan potong n jahit pakai MESIN..kami potong guna gunting yg dipegang oleh jari-jemari aje...pastu jahit pn guna jahit tgn je...mane la ada nak jahit mesin...tmbh plak bnda kecik2....jahitan mesin xsama dgn jahitan tgn..tenaga kami jgk diguna dgn banyaknye trutama bila nk match warna2 sesuai...dialog yg selalu diguna masa tu" warna pink+biru...cantik x eh? "...dk match warna ni pn mkn masa tau..kadang2 sampai...